Thursday, December 3, 2009

Apa itu Geran Kerajaan?

Ia adalah skim Pembiayaan dan Geran untuk  Para Usahawan menjalankan perniagaan mereka.



Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) telah memperuntukkan sebanyak RM1.33 billion dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) kepada agensi-agensi dibawah untuk menyediakan pelbagai geran dan pinjaman perniagaan :


• Majlis Amanah Rakyat (MARA)


• Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)


• Bank Pembangunan Malaysia Berhad


• SME Bank


• Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)


• Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)


• Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)


• Perbadanan Pembangunan Perbadanan Luar Malaysia (MATRADE)

• Small and Medium Industries Development Corporation (SMIDEC)


• SME Bank

• Suruhanjaya Koperasi Malaysia

• Bank Rakyat


Kelebihan Pembiayaan Perniagaan oleh Agensi Kerajaan


• Kadar Keuntungan : serendah 4% setahun


• Pinjaman dari RM5,000 hingga RM500,000


• Tidak perlu cagaran


Untuk apakah Geran tersebut diwujudkan?



Mengembangkan perniagaan


Pinjaman Dana Kerajaan boleh juga digunakan untuk mengembangkan perniagaan sedia ada. Dana tersebut boleh digunakan untuk:


• Beli mesin baru


• Ubahsuai premis perniagaan


• Menambahkan bilangan kedai / cawangan


• Meluaskan pasaran tempatan / antarabangsa


• Beli stok / barangan


• Meningkatkan aktiviti pengiklanan,pemasaran dan lain-lain lagi.















No comments:

Post a Comment